Retrato do autor

Abdullah Hussain (1)

Autor(a) de Imam

Para outros autores com o nome Abdullah Hussain, ver a página de desambiguação.

15 Works 34 Membros 3 Críticas

Obras por Abdullah Hussain

Imam (1995) 11 exemplares
Interlock (2010) 3 exemplares
Sebuah perjalanan (2005) 2 exemplares
Interlok (1973) 2 exemplares
Perjalanan Mencari Hikmah (2003) 2 exemplares
Konserto Terakhir (2001) 2 exemplares
into the light (2009) 2 exemplares
Intan 1 exemplar
Konserto Terakhir 1 exemplar
Pertemuan abadi (2000) 1 exemplar
Cahaya Langit (1987) 1 exemplar
INTERLOK 1 exemplar

Etiquetado

Conhecimento Comum

There is no Common Knowledge data for this author yet. You can help.

Membros

Críticas

Terus terang, saya baca novel ini selepas kontroversi yang melanda. Agak susah saya nak kata apa-apa jika belum baca apa sebenarnya yang menyebabkan kemarahan kaum india malaysia terhadap novel ini.

Pun begitu, saya membaca naskah asal dan bukan naskah edisi pelajar.

Saya kira novel ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Walaupun bukanlah karya terhebat SN Abdullah Hussin yang lebih menonjol dengan Imam, namun tidak juga sebuah novel propaganda murahan.

Watak-watak yang ditonjolkan ada dimensi-dimensi tersendiri, yang jika dibaca dengan hati yang terbuka, dapat pula menjadi cermin kepada generasi hari ini.

Watak-watak dalam novel ini ialah watak-watak yang dibentuk & terbentuk oleh persekitaran masyarakat kala itu, oleh perubahan sosio-ekonomi dan politik dunia ketika itu. Kita diberikan watak-watak manusia kecil, yang tidak punya upaya untuk mengubah apapun kecuali berusaha untuk mengubah nasib sendiri. Ada dikalangan watak-wataknya yang berjaya dalam percubaan itu dan ada pula yang gagal.

Sepanjang pembacaan saya, tidak kelihatan sebarang bias malah lebih-lebih lagi apa yang dikatakan rasis. Walaupun ada disebut beberapa perkataan yang dikatakan sensitif seperti paria, melayu 'huan na (orang hutan) dan sebagainya namun saya kira karya ini harus dilihat sebagai sebuah teks sastera dan bukannya karya akademik. Karya sastera harus dilihat dalam dimensi yang lebih holistik.

Novel ini wajar dikaji sebagai sebuah novel pasca-kolonial yang cuba menyusun semula gambaran dunia era kolonial dan pasca kolonial. Nyata sekali novel ini adalah novel yang bernada anti penjajahan (perhatikan bagaimana ditunjukkan kekejaman 'orang putih' terhadap anak jajahannya, bukan saja secara fizikal malah lebih dalam lagi secara psikologi. Paling menarik ialah bagaimana caranya pengurus kebun menjustifikasikan tindakannya menembak Maniam).

Walaupun ada sedikit sebanyak kelemahan dari struktur penceritaan dan pada sesetengah tempat plot dibina tanpa diberi penjelasan yang meyakinkan, namun harus diakui, novel ini ditulis oleh seorang pengarang yang berjiwa besar yang mahu melihat sebuah kehidupan yang aman harmoni oleh pelbagai bangsa di dalam sebuah negara.
… (mais)
 
Assinalado
aziz_zabidi | Dec 5, 2015 |
Sebuah novel hebat yang meletakkan Abdullah Hussain sebagai salah seorang penulis terbaik Malaysia.

 
Assinalado
aziz_zabidi | 1 outra crítica | Dec 5, 2015 |

Estatísticas

Obras
15
Membros
34
Popularidade
#413,653
Avaliação
½ 3.5
Críticas
3
ISBN
23
Línguas
3